Sistem e-Baka adalah bertujuan untuk memudahkan pendaftaran ternakan baka tulen sekaligus memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha pembiakbakaan yang telah dilakukan oleh para penternak/usahawan ternakan bagi ternakan baka tulen seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri dan babi.
Sistem ini memberikan banyak manfaat khususnya kepada penternak. Antara manfaat yang diperolehi daripada sistem ini adalah:
- ternakan baka tulen tempatan mempunyai potensi genetik yang setanding dengan ternakan baka di luar negara.
- menambah nilai kepada ternakan baka yang dihasilkan dalam Negara.
- membolehkan khidmat nasihat dan rundingan secara langsung diberikan oleh individu/pemberi perkhidmatan yang kompeten.
- memudahkan perlaksanaan skim pampasan ternakan sekiranya ternakan baka berkenaan dijangkiti penyakit